Malam ni nak kongsi sikit bagaimana saya boleh bermula dengan perniagaan Vending Machine.


Saya bukan anak orang kaya yg ade harta berguni di belakang rumah. Saya hanya orang biasa sahaja. Budak kampung dari melaka.


Berbekalkan sedikit pengalaman berniaga tolong ummi masa kecil dahulu dan pengalaman buat MLM satu masa dahulu, masa belajar Universiti. Dipendekkan cerita, jadi saya dapat kerja dengan Syarikat Atlas Vending. Cara saya dapatkan kerja pun akan saya kongsikan di lain posting nanti(ada tip yg berguna utk anda) insya Allah.

Jadi saya kerja disane. DiAtlas saya belajar selok belok dan tunjang kepada vending machine bisnes. Alhamdulillah banyak ilmu saya dapat pelajari. Tapi tahu sajalah bisnes vending ni. Modal besar. Mane lah ade duitkan.

So, nak tahu bagaimana saya bermula, dan dari mana datang nya duit itu semua. Saya selalu cakap kat staff,adik-adik dan sahabat. Nak berniaga bukan perlu modal duit ribu-ribu atau ratus ribu. Nak NIAGA YANG PALING PENTNG adalah ILMU DAN SEMANGAT/KESUNGGUHAN. Itu ada, maka kejayan menanti anda insya Allah.

Saya bermula dengan Amanah Kiosk sahaja. Masa saya kerja Atlas vending dulu, banyaklah pergi sekolah dan propose untuk pasang vending machine. Jadi cikgu tu tanya ade tak mesin yg boleh jual air botol shj. Pastu saya tanya,

"nak yg jual air botol shj kee?",
"janji student saya boleh minum air masak banyak-banyak"
cakap cikgu... "ok ade cikgu..." kepala saya dah mula berfikir...

baca lagi dibawah ini....

Daftar Seminar!

Saya fikir, MASALAH ada. jika kita selesaikan masalah ni. Insya Allah dapat pahala dan duit.


Saya dan sahabat (Ahmad Azdi) pun terfikir akan buat AMANAH KIOSK. Kami pon pergi kedai grill dan buat RAK Air dan kami namakan "AMANAH KIOSK".
Konsepnya adalah MUDAH sahaj, beli air dengan amanah dan letak duit dalam tabung tu. Kami siap buat proposal. Adalah dalam 7 muka surat. Kami bayar sewa tapak RM20 sebulan untuk satu rak dan derma 10% pada anak yatim. Kosnya murah sekali. satu rak boleh isi 6 cartoon, bersamaan 144 botol.

kos sebuah rak = RM 170
kos 6 cartoon air = RM 31.80
Total kos = RM 200 lebih


Pada masa tu saya dan azdi keluar modal RM 150 setiap seorang. Ok lah kan. Maklumlah gaji kami masa tu adalah RM1500 bersih camtu. balance2 gaji. Pejam mata jelah 150 kan.

Pertama kali kami jumpa Cikgu Zainah(bukan nama sebenar) propose Amanah Kiosk kat sekolah dia. Dia terperanjat. Dia tak yakin dengan konsep ini. "Korang biar betul, boleh ke ni."

Saya cakap,
"Jika nak tahu pelajar sekolah ni jujur dan amanah kita cuba letak Amanah Kiosk ni cikgu. Disitu baru kita akan tahu selama ni apa dlm hati mereka.. Jika duit dlm box AMANAH KIOSK penuh RM144, maksudnya apa yg cikgu ajar selama ni mereka amalkan. Jika sebaliknya maka Pihak sesekolah perlu buat sesuatu."

Pastu cikgu tu tanya jika hilang air awak siapa akan tanggung rugi dan dipersalahkan. Saya cakap usah risau. Kami akan bertanggungjawab atas semuanya. kami siap ade aggremet dan kertas kerja. Memang nampak profesional. Buat masa awal Cikgu ckp kita letak dlm bilik guru dahulu.

Berdebar juga pada awalnya. Collection pertama, saya, azdi dan cikgu zainah sangat teruja. Ternyata Budak sekolah mmg ikut peraturan sebenarnya dan sgt mulia hati mereka. Kita je selalu sangka buruk. memang bebudak ni tak rembat air tu. kami kira duit dalam kereta. memang ade RM144.

Alhamduillah. Ternyata inilah Biz yang dimane kita USAHA DOA & TAWAKAL pada Allah. Petang tu sebelum kami collect duit. kami cakap . Jika air habis tanpa collection maka Allah SWT uji kita ji(Ahmad Azdi).


Bermula pada saat tu kami mengorak langkah. Sekolah tersebut, dari dalam bilik guru kita tambah lagi satu depan kedai buku. Kat luar. Alhamdulillah duit nya masih sama. Terbaik collection yg kami terima. Untuk pengetahuan kami top up seminggu 2 kali. Satu rak boleh collect RM250-300 seminggu.


Untuk pegetahuan anda, kami berdua masih bekerja di Atlas Vending lagi masa tu. Kita top up air waktu petang dan malam. Dari 1 buah sekolah kita tambah sampai ke 10 biji sekolah. Dari sekolah kita mengorak langkah ke Masjid-Masjid dan Universiti. Alhamdulillah. Bisnes makin bagus.


Tapi Langit tak selalu cerahkan. Silap kami juga. Berbekal semangat sahaja tak cukup. Betul kata Dr Azizan Osman. ILMU ADALAH PERISAI TERBAIK. kami buat bisnes tanpa ILMU. Kerakusan manusia bernama Melayu. Tak boleh lihat org senang. Masa awal kami naik kereta kelisa dan savy sahaja top air. Kene GELAK ngan Tok siak dan segelintir org PANDANG KAMI SEBELAH MATA SHJ. Tapi bila kami mula beli Van 2nd je pon. mereka mula buka mata. salah kami juga. kami Collect duit tak pakai uncang.


Masa tu kita masuk beg plastik je. jadi mereka2 ni duk perhatilah duit seringgit2 tu. so depa kata
"banyak juga yaa."
"Ingatkan HABIS SELALU sebab kene rembat air korang ni, tapi orang beli rupanya."
Saya perli dia camni, "Jika Tuan nak ambil air di Rak Amanah Kiosk kami, Tuan curi atau letak RM1 dalam box, dia cakap.
"Ko ingat aku nak nak curi ke. aku bayar laa...". So saya cakap jika Tuan bayar, maka org lain pon akan bayar juga, insya Allah".....kan....kan...

Bermula dr saat itu, mulalah Rak Amanah Kiosk kami kene KELUAR dari masjid-masjid. Sangat sedih dan terkilan. Masih ingat lagi Sebuah Masjid di Puchong, Nazir dia kol. Nazir ni org penting di Sebuah Syarikat kereta Nasional. Dia cakap semua ajk Masjid dah mesyuarat dan ambil keputusan untuk keluarkan Rak kami. Sebab kotor dan ganggu pemandangan dan suasana indah masjid.

Dan nazir cakap, jemaah sebenarnya nak derma bukan nak beli air kamu. Kamu ambil hak masjid katanya. Saya cakap balik "Jika org nak derma pergilah tabung Masjid". Jika mereka ambil air dah letak duit bermaksud mereka memang nak beli air. Dekat rak Amanah Kiosk kami pon ade tulis begitu".


SAYA NAK DAFTAR!

"Kabul, bersabarlah, bersangka baik pada Allah SWT" .

"Mungkin Allah nak berikan kamu benda yang lebih baik dari ini" kata-kata baiyah itu buatkan saya tenang


Saya cakap kenapa tak panggil saya meeting. Mereka cakap ade kol tapi tak dapat. Saya cakap Tuan Nazir bohong. Saya sentiasa ON telefon dan ini perkara tak boleh begini. Kita ade aggerement.

Pastu Nazir cakap mereka dah sebulat suara dan tak payah nak lawanlah. Ni rumah kami. Anda pasti kalah punya. Masa tu saya punya GERAM. Allah sahaja yang tahu. Saya masih ingat lagi, nazir kol saya hari Ahad pagi.

Esok, saya pergi masjid tu. Nazir tak nak jumpa saya. Dia suruh saya dengan jumpa setiausaha. Kami bertegang urat. Dan anda tahu apa saya nampak di Masjid tu. Sekali ade 2 rak kiri dan kanan warna putih laa. Hati saya punyalah panas. Mereka nak buat sendiri dan berikan alasan cakap kotor pelbagai lagi. Sikap inilah yg ade dalam hati PEGAWAI MASJID TU.

DENGKI dan tak berhati perut. Takut pada persaingan. Nasib baik dalam masjid. Saya bersabar. Saya dihalau dari masjid. Hati saya remuk , ternyata pegawai masjid tu semua memang mata duitan dan tak berhati perut.

Saya orang islam, ada anak bini yg perlu disara. Saya merayu supaya berlaku adil, keluarkan sebiji sahaja la. Sebelah kiri letak masjid punya Rak dan kanan saya punya Rak. Sebab saya kan pioneer, idea saya pada awalnya.

Tapi ternyata mereka semua mmg berhati busuk. Mereka boleh cakap. Idea ni mereka dah terfikir dari dahulu tapi tak buat. Untuk pengetahuan anda, saya mengalirkan air mata masa tu. Mereka ambil idea saya dan halau saya keluar.

Masa tu ade satu Baiyah(org tabligh), Dia tenangkan saya. Saya ingat lagi ayat dia.
"Kabul, bersabarlah, bersangka baik pada Allah SWT, mungkin Allah nak berikan kamu benda yang lebih baik dari ini"..... kata2 baiyah tu buatkan saya tenang, saya start kereta dan beredar dr situ...

Sejak dari tu Amanah Kiosk kami makin berkurang. Semua disabotaj. Masjid buat sendiri dan ambil proposal dan idea kami. Cikgu sekolah dan University pun buat sendiri.

Masa tu memang down habis. Saya mula berfikir bahawa perlu Buat Vending Machine juga, sebab jika buat benda mudah macam Amanah KIosk semua org tiru dah potong line. Kata-kata Baiyah bermain difikiran saya.

Simpanan ade sedikit jadi saya bermula dgn membeli Vending Machine. Disitulah saya bermula naik dengan Perniagaan Vending Machine pula. Jual air juga tapi guna mesin layan diri pula.

Tapi dalam naik balik dgn Vending Machine bisness pon ade pelbagai dugaan dan cabaran yg saya hadapi, turun naik, jatuh bangun, rasa tak yakin, rasa takut.

Sehinggalah saya pergi ke Kelas DAO. Saya mula rasa BERANI apabila BALIK pergi kelas Dr Azizan Osman pada tahun 2011 camtu. BetulLAH ILMU adalah kunci untuk dapat Dunia dan Akhirat. So nasihat saya pada mereka diluar sane yang asyik mengeluh dan beri pelbagai alasan macam ni..

"saya tak de modal"
"saya tak de kenal org dalam"
"saya bukan anak org kaya'

Sebenarnya ramai diluar sane malas dan tidak mahu berusaha. Terus terang saya cakap, jika nak belajar buat marketing dan sales paling hina. pergilah bawak proposal Amanah Kiosk saya tu. Anda akan belajar setebal-tebal muka TEMBOK.

Memang pengalaman paling bermakna dalam hidup saya. Jangan cakap anda tiada modal. MODAL PALING BERHARGA DALAH DIRI KITA. Jika kita rajin dan berusaha lebih. Buang sikap malu dan ego. Insya Allah jalan akan dibuka. Dan ILMU adalah pelita. ITU janji ALLAH SWT.

Alhamdulillah berkat usaha saya dan sahabat (Ahmad Azdi) membuat Amanah Kiosk dahulu. Sekarang ni hampir semua masjid di seluruh bandar2 besar sudah ade Rak Air yang sama. Setiap kali saya solat di masjid yg ade rak macam tu saya akan sedih bercampur gembira. Saya bersyukur Rakyat Malaysia sudah mula menerima konsep sebegini. yang dahulu org cakap kami ni tak de masa depan buat biz macam ni. Lani hospital, Universiti , sekolah semua dah ade konsep camni. Alhamduillah syukur. Rakyat Malaysia sudah mula memahami konsep Amanah sebegini.

Saya berharap semua anak bangsa ku, bangkit, berusaha lebih lagi. Usah bagi 1000 alasan. Kejayaan depan mata anda sahaja. Orang luar(bangla,nepal, indon,myanmar) berduyun-duyun masuk malaysia. Mereka kata kat Malaysia ni dalam longkang pon ade emas. Maksudnya mudah nya cari rezeki. So yg kita anak jati Tanah Melayu ni. Apa tunggu lagi.!!

Jangan biarkan malas mengusai diri anda. Banyak lagi tanggungjawab kita belum terlaksana. Paling tidak buatlah untuk ibu ayah kita. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Maaf jika terkasar. Harapan saya, semoga cerita ku ini jadi sumber inspirasi untuk anda bangkit.

Saya doakan anda sukses selalu dan diberikan kekuatan untuk AMALKAN dan sampaikan kepada yg lain insya Allah.

Usaha

Kejayaan perlu diusahakan. Ia tidak datang bergolek

Ilmu

Kunci untuk dapat Dunia dan Akhir adalah ILMU!

Guru

Setiap orang yang berjaya bermula dengan belajar dengan guru yang arif!

Tindakan

Kuasa tindakan dan istiqamah wajib diterapkan untuk berjaya!

Jumpa anda di Grand Finale Seminar nanti.
Usah tunggu lagi, Daftar sekarang!


SAYA MAHU!

We new friends!